people

Asal Usul Solat 5 Waktu.

Tadi aku wat blogwalking oleh sebab boring yang terlampau. Sedang syok aku duk blogwalking, terjumpa la satu blog neh. Blog neh nampak simple je tapi isi kandungan dalam blog tuh amat2 menarik perhatian aku. Salah satu artikel yang membuat aku tertarik untuk dibaca dan dikongsi dengan korang ialah mengenai asal usul dan sejarah solat 5 waktu. Berikut adalah serba sedikit isi artikel yang aku baca.

Solat 5 waktu merupakan rukun Islam yang kedua. Diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Israk Mikraj, solat 5 waktu sebenarnya mempunyai sejarah awal asal usulnya.


SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama - Bersyukur baginda kerana terlepas daripada kegelapan malam.
Rakaat kedua - Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.



ZOHOR
Orang yang pertama mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama - Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua - Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga - Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat - Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.



ASAR
Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai dan ketika itu telah pun masuk waktu Asar. Nabi Yunus bersyukur, lalu menunaikan solat empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama - Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua - Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga - Kelam dengan malam.
Rakaat keempat - Kelam dengan perut ikan Nun.



MAGHRIB
Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama - Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua - Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga - Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.



ISYAK
Orang yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama - Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua - Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga - Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat - Dukacita terhadap anak Firaun.

Jadi kepada korang yang berjaya membaca sehingga rangkap neh. Renung2kanlah, jangan hanya tahu sejarah je tapi tak pula mengamalkan nya. Lagipun semua tahu bahawa solat 5 waktu neh WAJIB!!

P/s: Artikel diambil dari blog Saudara Fiq - Something To Share.

4 comments:

nadz ruslan said...

menarik. thanks 4 sharing!

Mrx Lonely said...

hehe. skadar prkongsian dr ape yg sy baca.. :)

nk lbh byk artikel mnarik blh la usha blog yg di link di atas.. :)

Harith Laro said...

uhuk..uhuk..solat itu wajib 5 kali sehari

Kasih Suci - Mama Damia said...

info yang menarik..dan perlu disebarkan kepada semua orang...