people

Din Beramboi Kritikal Di Hospital


Oh ya, ini adalah berita yang baru aku dapat dari laman media hiburan tanah air. Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi sedang kritikal di Hospital Selayang dipercayai terkena jangkitan air kencing tikus atau nama sainstifiknya adalah Leptospirosis. Doktor juga merayu kepada orang ramai yang mempunyai darah jenis O untuk membantu Din Beramboi.

Marilah kita sama2 mendoakan agar Din Beramboi kembali sihat seperti sediakala. Amin~

Sumber berita dari laman web hiburan merata tempat. Sekian. T_____T

Untuk lebih lanjut korang boleh ke web Oh! Artis - Din Beramboi Kritikal Di Hospital.

Malam Ahad Yang Membosankan

Holla all, malam neh aku cukup bertuah sebab dapat onlinekan diri even pakai berukband member. Hahaha.

Sebenarnya aku takde apa2 cerita pun nak kongsi, cuma jari neh rajin sangat nak menaip keyboard lappy member neh. Sambil2 suft internet so aku pun update la blog. Al maklumlah dapat melaram membabaskan diri pakai berukband member neh. Hahaha.

Maxis berukband neh bagi aku ok lah setakat untuk surf2 sumthing yang penting macam bukak blog, facebook, blog-waking, main chatting, dan banyak lagi. Tapi untuk layan citer kat youtube tuh aku tak sarankan sangat la sebab speed dia amat-amat-amat lah lembab macam cipan tenuk bertelur katak. Hahaha.

Ok lah wei, aku rasa cukup setakat neh je. Hahaha. Takde pengisian langsung. Just nak taip pasal berukband. Kih3. Sori la pada semua yang 'membuangkan' masa untuk baca entri neh.

Selamat beramal dan renung2kanlah yer. Hehehe.

Dari aku yang diperantauan untuk mengejar cita2 aku. I have a dream like all people in this world. What my dream? Wet dream? Oh! No. Think-ing by yourself! Hahaha. Adioss~

'Mata Sepet' Movies Addicted!

Hahaha, kali neh aku rasa nak citer pasal movie2 'mata sepet'. Mula2 aku takde langsung perasaan ataupun takde minat pun untuk tengok citer2 'mata sepet' neh. Tapi disebabkan member sebilik aku tuh minat giler babas dengan citer 'mata sepet' neh, jadi aku terpengaruh dan tertengok la kejap. Ye la kan, malam2 asyek duk pasang citer 'mata sepet' je. Last2 aku tengok la gak.
Citer first yang aku tengok adalah My Girl. Haha, kelakar kan aku yang gentle neh tengok citer camtuh? (Mula2 aku pun fikir camneh.) Tapi rupa2nya tanggapan aku salah daaaaa. Citer die punyer la best. Ditambah lak wajah dan karakter heroin citer tuh hampir sama dengan sorang girl yang aku admire. Kih3. Syhhhhhhh, kantoi.

Pastu second citer yang aku tengok adalah My Boss My Hero, perghhhh! Hero die sengal2 ubi keledek. Hahaha. Muka ganas giler tapi jiwa lembut. Gelabah bila berhadapan dengan perempuan. Macam yang Adnan Sempit cakap, muka je ganas tapi dalam hati ada taman. Hahaha.

Lepas neh tak tahulah member aku tuh bawak citer apa lak, yang pasti jiwa aku dah ada ruang untuk citer2 'mata sepet' neh. Kalau sebelum neh aku layan citer omputeh je, tapi sekarang jangan pelik lak bila aku layan citer 'mata sepet'. Hehehe. Heroin dia soooo KAWAII..... Comel and menarik hati aku. Wahhhhh!


Nota tapak kaki gangren: Sampai sekarang aku duk layan babas dengan lagu Sorafune by Tokio. Lagu OST citer My Boss My Hero. Hahaha. Eh2, kalau korang ada cadangan citer 'mata sepet' yang best2, bolehlah tinggalkan di bahagian komen ok. Sekian selamat beramal. :D

Jom Berteka Teki Tekuk

Hahaha, oleh kerana kepala aku tingtong tak boleh tidor lagi. Aku dengan senang hati dan mata segar bugarnya nak mengajak korang untuk berteka teki tekuk dengan aku. Ala, senang je. Korang hanya perlu meneka gambar apakah yang di zoom-in kan neh.

Senang je kan? Main teka2. Macam lah korang tak pernah main teka2. Hehehe. Ok, gambar kat bawah neh adalah gambar 'sesuatu' ataupun lebih spesifik lagi gambar tempat. Korang teka lah seberapa banyak tekaan yang korang ingin teka. (Ayat merapu).

Dan teka teki tekuk neh tak ada hadiah pun, cuma untuk suka2 sekadar mengisi masa lapang. Harap jangan ada yang marah2 dan berkecik hati ok. Selamat berteka tekik tekuk dan renung2kahlah. Hehehe. :D

(Agak2 korang lah, apa dan dimanakah gambar 'sesuatu' yang aku tepek neh. Lagi cun kalau korang boleh sertakan dengan nama 'sesuatu' neh. Tak susah pun, nak klu? Tempat ibadat. Hohoho.)

Final Exam Membunuhku!


Salam all, dah lama aku tak update blog neh. Mungkin ada yang dah tak ingat siapa aku. Takpa, itu hak korang.

Aku sekarang dah takde masa nak update blog sebab kat kolej aku tuh takde internet. Maksud aku takde internet yang 'sesedap jiwa mengonline'. Hahaha. Wifi kat kolej aku amat-amat-amat lah slow tahap cipan sembelit. So its spoilt my mood to online. Keh3, Speaking plak.

Next week adalah Minggu Persediaan Final Exam. Arghhh! Stress wooo! Final exam lagi sebulan lebih. Pejam celik pejam celik tup tup rasa kejap je. Aku kena tingkatkan usaha neh. Banyak explore apa yang aku tertinggal dan catch-up balik dengan member2.

Aku berazam aku akan cuba sedaya upaya aku untuk mendapatkan pointer yang boleh dibanggakan. Tak mahu dah jadi macam sem lepas. Huhuhu. Doa2kan aku ok. Kepada korang yang mengalami perasaan dan situasi yang sama macam aku, apa kata korang kasi sikit nasihat dan tips2 untuk kita sama2 hadapi final exam neh. Sekian semua. :D



Nota ibu jari kaki: Apa kata korang layan lagu Cinta Ini Membunuhku tapi 'word' Cinta tuh korang tukar dengan Final Exam. So jadilah Final Exam Ini Membunuhku. Selamat ber'final exam dan renung2kanlah. Hehehe

Minggu Maha Seksa (MMS)


Salam all, dah lama aku tak menaip kat blog aku neh. Aku bukan apa, kehidupan yang busy membataskan masa untuk aku meng'onlinekan diri ditambah lagi dengan beberapa masalah yang mengganggu proses untuk aku menghadap lappy.

Ok, straight to the main point, aku sekarang berapa dalam mood heaven. Kenapa dan mengapa? Akan aku explain dalam facebook aku. Hahaha. Ayat nak promote diri sebenarnya. Kih3.

Post neh ditaip ketika aku berada di cyber cafe untuk mengisi waktu lapang pada malam hari yang boring. Tujuan aku post entri neh adalah untuk menyapu debu dan habuk yang dah lama mengisi blog aku. Hehehe.

Ok lah all, member aku neh sibuk duk membebel nak naik ke foodcourt, See ya next time ok. Chawwwwww.. Salam dari aku. Mrx Lonely. :)